Sunday, October 30, 2011

Wuhai Dara~

Wuhai dara
Jika kau terfikir untuk menghilangkannya
Fikir semula
Akibatnya merasa bersalah sepanjang hayat
Terdedah pula kepada penyakit
Bertambah gerun melihat perubahanmu
Bila lagi badanmu mendua
Fikirkan semula wuhai dara
Riak wajah ayah bonda pabila mengetahui kau telah tiada
Sia2 penjagaan mereka
Sia2 pengorbanan mereka
Malu menerkam muka
Wahai dara
Gembiranya hanya seketika
Sukanya hanya sementara
Sakitnya derita
Pedihnya terluka
Fikirkanlah wuhai dara
Jangan pula sesalan menerpa
Bila sedar diri alpa
Bila kenal siapa benar
Siapa mendusta
Wuhai dara
Kerana kau gadis jelita

iQa93~

No comments:

Post a Comment

Followers