Sunday, October 30, 2011

Wuhai Dara~

Wuhai dara
Jika kau terfikir untuk menghilangkannya
Fikir semula
Akibatnya merasa bersalah sepanjang hayat
Terdedah pula kepada penyakit
Bertambah gerun melihat perubahanmu
Bila lagi badanmu mendua
Fikirkan semula wuhai dara
Riak wajah ayah bonda pabila mengetahui kau telah tiada
Sia2 penjagaan mereka
Sia2 pengorbanan mereka
Malu menerkam muka
Wahai dara
Gembiranya hanya seketika
Sukanya hanya sementara
Sakitnya derita
Pedihnya terluka
Fikirkanlah wuhai dara
Jangan pula sesalan menerpa
Bila sedar diri alpa
Bila kenal siapa benar
Siapa mendusta
Wuhai dara
Kerana kau gadis jelita

iQa93~

Sunday, October 16, 2011

Misi dakwah menutup aurat~ kencang gitu loh...

Soal menutup aurat... ya... aku sendiri pun biasa kena bebel oleh abahku kerana kadangkala pakaianku sendat serta singkat... berlarilah aku menukar kembali pakaianku agar nmpk lagi mulia... :p

Aku x nafikan mmg menutup aurat itu bisa (betul)... mataku juga x tahan pabila melihat sahabatmu di bumi ini mendedahkan auratnya tanpa ada rasa bersalah... bahkan lagi bangga dengan kecantikan tubuh putih dan gebu yang dimilikinya... alhamdulillah makhluk Allah mmg cantik2 semuanya... namun, adakah tubuh cantik serta kulit mulus itu halus ditontoni oleh semua org? sudah tentu tidak bukan? hanya si mahram saja yg boleh melihat auratmu tp itu pun punyai batas yang harus diikuti... alasannya sebab bagi mengelakkan kes sumbang mahram pulak kan... :)

Bersederhana itu adalah lebih baik bukan? menutup aurat itu ya, tp bersederhanalah... jika kamu bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang muslim yang memakai pakaian yang betul2 menutup aurat seperti berpurdah, tudung labuh, berjubah dan sebagainya, silakan memakainya... dengan syarat, jagalah perilakumu... jangan saja berpakaian menutup aurat, tapi perangai masya Allah... ada yg gemar mengumpat,tak bertegur sapa dgn org, potong Q dlm barisan, tak bekerja(menganggur), mulut 'capui' dll... kalau beginilah sikapmu, bukan lebih baik mereka yang tidak menutup aurat tapi baik perilakunya... nasihatku di sini cuma jangan rendahkan Islam dengan sikapmu yang kurang baik dipandang org walaupn kamu menutup aurat sebaiknya...

TAPI itu juga bukan alasan kamu untuk tidak menutup aurat langsung... ada yg kata belum sampai seru la, x sedia lg la, dsb... jd bilanya nk sedia ni? tunggu dpt gelaran hajah ke bru nk pkai tudung? no no no ya sahabat... apa2 yg tmbuh subur semua mula dr pangkalnya... ni nk cakap soal peranan walid dan ummi la ni yg mencorakkan nilai2 murni sebagai seorang muslim dari diri anak2... ada tau anak2 yg mnutup aurat ( bertudung) tp mak dia x pkai tudung... mak dia didik dari kecik suruh pakai tudung.. sampai ke besar masih maintain je anak tu pakai tudung... sebagai contoh bienda dan ibunya... point besar sini nk cakap je kalau ibu bapa tu didik anak2 dari kecik supaya menutup aurat, sampai ke besar jugak anak tu jadi tutup aurat... cuma kena kuatlah didikan tu... kdgkala ada gak sebaliknya... mak pakai tudung labuh, anak pkai t-shirt xde lengan... astaghfirullah... jdi, iktibarnya di sini, jika boleh bersederhana, bersederhanalah anda, sebab satu masanya anda akan dikritik atas kekurangan orang sekeliling anda, dikritik sebab seumpama anda tidak berdakwah kepada orang terdekat anda dulu sebelum berdakwah kepada orang lain... :)

maafkanku andai kata ada yang terasa atas kata2ku... aku cuba sedaya upaya menjadikan ruangan ini general agak tidak ada sesiapa yang terasa... aku berkata general ya... segala kritikan aku mohon ditimbang kerana aku sendiri mudah terasa pabila dikritik... dan yang paling penting inginku katakan aku bukan jenis yang melawan balik bila dikritik... ku hanya akan dengar dan cuba adaptasi kritikan yang boleh membinaku.. :D

Followers