Thursday, July 28, 2011

Kau, dia, bersamakah?

Di sini kau belajar. Lelaki dan rokok mmg tak dapat dipisahkan. Amat memeningkan. Kau tahan juga demi dia. Cinta tiada untuknya di hatimu. Tapi kau beri juga padanya kesempatan. Kau bukan yang terbaik. Kau tahu itu. Jauh di sudut hatimu berkata alangkah indahnya jika dia milikmu. Kau yang merubah dia menjadi lebih statistik. Kau tak mahu sekadar menjadi sandaran atau permainan waima perhiasan. Kau punya hati. Harap dia mengerti. Kau ingin jatuh sayang padanya tapi hatimu ragu-ragu. Adakah peluang untuk bersamanya? Adakah tempat untukmu di hatinya?Dan yang penting, layakkah kau untuk dia. Urusan keluarga, rasanya kau boleh mengatasinya. Bercerita dia tentang keluarganya yang sama seperti keluarga yang menyayangimu. Kau, dia, berbeza. Cukup padan. Namun, mampukah kau menawan jiwa raganya? Mampukah kau melembutkan egonya? Sampai bila kau sanggup bertahan dengannya? Sabarlah hati~ Itu sahaya kata untukmu.

No comments:

Post a Comment

Followers